Thursday 29 September 2011 | By: Kembara Remaja Nafas Baru

Pengembaraan Remaja Nafas Baru 1.1

  Alhamdulillah, Segala puji Bagi Allah yang Mencipta Seluruh 'Alam. Pada 23, 24, dan 25 hari bulan September 2011 telah berlangsung KRNB 1.1. dengan jayanya.

Kembara ini bermula dengan pengumpulan para peserta di Kem Alim Jugra Banting.

Pada permulaan ini, pelbagai aktiviti telah dihidangkan selaras dengan mempertingkatkan daya kesihatan peserta melalui latihan fizikal.

Antara aktiviti yang dimodulkan ialah,Perlumbaan Kembara berbasikal sejauh 30 km daripada Kem Alim hingga ke Pantai Kelanang. Dalam perjalanan, berbagai-bagai rintangan dan cabaran dihadapi oleh para peserta demi menyelesaikan tugasan untuk sampai ke destinasi. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. Antaranya ialah explorace berbasikal, sketsa penyelesaian masalah, kembara mengelilingi Pantai Kelanang, Obstacle dan macam-macam lagi....

Berikut adalah antara gambar sepanjang KRNB 1.1 berlangsung;

Picasa SlideshowPicasa Web AlbumsFullscreen

Sila tekan butang "play" untuk memulakan tayangan. :)

InshaALLAH pada 01 Oktober 2011, akan berlangsung KRNB 1.2. Jom meriahkan Kembara, Sihatlah badan untuk masa depan cemerlang. Mari menyahut cabaran modal insan berjaya. Jumpa lagi pada kembara 1.2!  :)
Monday 12 September 2011 | By: Kembara Remaja Nafas Baru

Gaya Hidup Sihat ♥ ~ Anjuran LPKM & ABIM Kuala Langat - Bermula 23 Sept hingga 17 Dis 2011

Antara yang menarik:

• Pengembaraan bermodul yang menarik dan unik.
• Pengembaraan dengan berbasikal sepanjang 3 bulan (setiap hari Sabtu) dengan jumlah jarak menghampiri
   300km
• Bermula 23 September 2011 sehingga 17 Disember 2011
• Bernilai lebih RM500 seorang !!!
• Meliputi penerapan unsur kesihatan jasmani, rohani, sosial, dan emosi yang komprehensif.
• Jumlah peserta terhad hanya untuk 150 orang pertama sahaja!!!
• Terbuka kepada remaja-remaja Islam; Lelaki dan Perempuan yang berumur 15 tahun keatas
• Keperluan sendiri: Basikal

Yuran adalah PERCUMA !!

Hubungi segera untuk pendaftaran :
Saudara Hafiz 017-3874449
Saudara Muslim 017-3525958
sebelum
20 September 2011