Tuesday 4 October 2011 | By: Kembara Remaja Nafas Baru

Pengembaraan Remaja Nafas Baru 1.2



DATARAN BANTING KE BAGAN LALANG......!!!! 


Pengembaraan sejauh 100 KM.... Fuhh... Memang terbaik ar... Memerlukan stamina dan semangat yang tinggi untuk pengembaraan sejauh ini... Tapi, semua ini tidak menjadi halangan kepada para peserta KRNB 1.2... Semuanya tetap bersemangat untuk meneruskan kembara walaupun pelbagai halangan terpaksa di tempuhi.. tayar basikal yang bocor, keadaan cuaca yang agak panas dan kekejangan otot..Syukur takde semuanya dalam keadaan selamat.... Pengembaraan telah berhenti rehat di Pantai Batu Laut selamah hampir 1 jam. Disana ada sedikit pengisian yang telah disampaikan oleh En. Radin Muhd Imaduddin, YDP ABIM Kuala Langat. Turut diagihkan juga T-Shirt KRNB kepada para peserta KRNB 1.2... Alhamdulillah, semuanya sangat gembira dan bersemangat apabila mendapat sehelai t-shirt.

Makanan tengah hari telah disediakan di Pantai Bangan Lalang dalam keadaan buffet agar para peserta dapat menikmati juadah dalam keadaan yang masih panas. Semuanya cukup berselera kerana makanan tersebut mempunyai ciri-ciri makanan seimbang yang memenuhi kehendak gaya hidup sihat.

Pengembaraan pulang bermula setelah semua peserta sudah menunaikan Solat Zohor berjemaah di Surau Ar-Rahman, Bagan Lalang. 



KRNB 1.2 telah dilepaskan oleh En. Zuriehan Bin Yusop, Pengerusi Belia Daerah Kuala Langat dan Tuan Haji Masrukin. 




Semua aktiviti yang telah dijalankan boleh disaksikan melalui gambar-gambar yang telah diupload..


Picasa SlideshowPicasa Web AlbumsFullscreen

Klik play untuk melihat gambar-gambar pengembaraan KRNB 1.2


Layarilah Facebook KRNB untuk segala makluman terkini perjalanan aktiviti KRNB.